Jumaat, 6 Julai 2012

Internet dalam pendidikan


Assalammualaikum, petang ni siti masukkan beberapa input mengenai kepentingan dan kelemahan internet atau teknologi maklumat kepada guru dengan izin Allah. Tugasan ini dengan izin Allah telah diberikan oleh Pn.Faridah. Alhamdulillah hari ini akan siti upayakan untuk melakukannya dengan baik. mudah-mudahan Pn.faridah berpuas hati dan diberkati oleh Allah ilmu ini. 
InsyaAllah..
Mari kita mulakan tugasan...



Internet merupakan jaringan elektronik yang menghubungkan manusia dengan manusia yang lain di seluruh dunia melalui komputer. Internet merupakan salah satu komponen yang penting di dalam era ledakan maklumat secara global dan maklumat yang diperolehi adalah tanpa sempadan . Pada ketika ini para pendidik dari semua peringkat di serata dunia telah menggunakan internet untuk berkomunikasi, berkongsi maklumat sesama mereka. Menurut Honey dan Henriquez (1993), yang di petik dari Rothenberg (1995), penggunaan rangkaian kerja elektronik boleh membantu guru ( terutama guru baru) dari segi menggurangkan pemencilan diri, mereka boleh berhubung sesama guru, dan boleh meningkatkan professionalisme.

Penggunaan internet membolehkan kita mendapatkan sumber maklumat kajian yang bermutu dan amalan aplikasi dari kalangan para pendidik dan para pelajar (Means et al., 1993, yang di petik dari Rothenberg (1995). Apakah Ciri-Ciri Pada Internet Yang Popular Di Kalangan Pendidik Didalam Mengintegrasikan Kepada Proses Pembelajaran Dan Pengajaran ?

Penggunaan e-mel merupakan komponen utama di kalangan pengguna internet ketika ini. Ianya merupakan satu kaedah alat perhubungan untuk berhubung secara pantas, murah, boleh dipecayai dan selesa. Pesanan dan pertanyaan boleh ditulis bila-bila masa dan dihantar dari rumah atau pejabat akan terus sampai kepada penerima dalam masa yang singkat. Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mel di dalam mengintegrasikan internet dalam proses pembelajaran:
  • Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan.
  • Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
  • Mengutus e-mel kepada sekolah lain mengenai bagaimana mereka mengendalikan sesuatu masalah.
  • Berkongsi dan bertukar idea-idea bilik darjah ; teknik mengajar, pengajaran yang kreatif, maklum balas mengenai buku dan alat bantuan mengajar, dan sesuatu projek.
  • Menghubungi agensi-agensi pusat dan sekolah lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan di tempat-tempat lain.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mel ialah:
  • Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan sekolah-sekolah lain.
  • Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa.
  • Mengalakan perkembangan bahasa terutama bahasa inggeris misalnya mendapatkan rakan pena melalui e-mel dari negara luar.
  • Bertanyakan penyelesaian sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".
           
Kumpulan Diskusi Internet secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan e-mel secara berkesan. Komuniti-komuniti yang terbentuk secara elektronik yang mempunyai minat yang sama membolehkan ahli-ahli yang menyertai kumpulan diskusi berkongsi pendapat dan membantu diantara satu sama lain tanpa batasan sempadan geografi. Terdapat beribu-ribu kumpulan diskusi yang boleh disertai oleh pendidik mengikut minat mereka.

Di Amerika Syarikat penggunaan pengkalan data ERIC dan ETS Test Collection merupakan pengkalan data yang paling polular dikalangan pendidik dari semua peringkat. Kita boleh mendapatkan data soal-selidik, artikel-artikel, rancangan pengajaran, ujian, dan lain-lain alat pengukuran dari dua pengkalan data tersebut. Kita juga boleh mengakses katalog dari perpustakaan misalnya perpustakan Universiti Malaya dan lain-lain universiti luar negara serta mengakses bahan-bahan teks bercetak dari badan kerajaan Amerika.

Halaman web merupakan komponen yang menjadikan internet lebih menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat mengaksesnya. Dengan lebih 50 juta tapak halaman web dan dengan pertumbuhan 10 peratus setiap hari halaman web merupakan sumber maklumat tak terhingga kandungannya. Kepada para pendidik mereka boleh mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran , dan lain-lain bahan mengajar; maklumat mengenai projek-projek yang dijalankan untuk pelajar mengambil bahagian dan berkogsi dengan rakan mereka dari negara-negara lain; pendidikan keibu-bapaan, dan maklumat kesihatan serta bermacam-macam maklumat lain yang boleh diperolehi dihujung jari mereka.

Menerusi internet, fail-fail adalah mudah untuk dipindahkan dari satu komputer kepada komputer yang lain menggunakan " File Transfer Protocol (FTP)". Seseorang penulis itu boleh menghantar dan meminta rakan mereka mengenai sesuatu bab artikel itu dengan cepat dan mudah melalui FTP terutama apabila melibatkan sesuatu projek halaman Web yang mana pesertanya dari berbagai tempat. Selain itu perisian-perisian yang boleh guna bersama dan percuma atau berbayar boleh di turun beban ( download) untuk berbagai tujuan pendidikan.    

Kelemahan TMK Kepada Guru :

1.     Bukan semua topik yang diajar boleh menggunakan TMK kerana untuk sesetengah topik, penggunaan TMK akan menyebabkan pelajar lebih susah untuk memahami tajuk yang diajarkan.

2.     Kelemahan TMK : Kelemahan dalam menggunakan CD yang disediakan oleh pihak kementerian. Untuk sesetengah tajuk yang diajar, responden hanya ingin mencapai dua objektif sedangkan isi pengajaran dalam cd berkenaan adalah untuk mencapai tiga objektif. Ini menjadikan objektif yang ingin dicapai dan objektif yang tersedia dalam CD tidak selari.

3.     Masalah menggunakan TMK : Kemudahan-kemudahan TMK yang digunakan selalu mengalami kerosakan. Terpaksa mengambil masa untuk  memasang peralatan-peralatan yang ingin digunakan semasa P&P.

4.     Memerlukan masa  untuk memasang barang-barang kelengkapan didalam kelas. Masalah dari segi untuk memasang peralatan-peralatan yang diperlukan untuk digunakan semasa proses P&P.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan