Jumaat, 6 Julai 2012

PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)


PPBK ialah pengajaran atau kursus, yg disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan yg dibina oleh pembangun perisian dgn menggunakan komputer.

Video/ Audio/ Animasi/ Teks/ Grafik

Aplikasi Komputer

Digunakan secara berfikrah,terancang dan bersesuaian dgn aktiviti peng & pemb

Maklumat bermutu dan berkesan

Empat Fasa Penting dlm mempastikan keberkesanan PPBK
· Menyampaikan maklumat
· Mesra pengguna
· Latihan oleh pelajar
· Mengukur pencapaian pelajar
Kandungan PPBK
a. Komponen Asas
· Set Induksi
· Perkembangan
· Penilaian
b. Komponen Tambahan
· Ulangkaji
· Pengayaan
· Pemulihan
· Pengukuhan
c. Komponen Maklumat
· Maklumat mencukupi & menepati sukatan pelajaran dan berkaitan dgn tajuk
· Menggunakan bahasa penyampaian yg sesuai & mudah difahami oleh pengguna
· Tidak banyak melakukan kesilapan ejaan,tatabahasa dan nahu

Kebaikan PPBK(Pusat Perkembangan Kurikulum)
· Berkeupayaan meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran
· Meningkatkan motivasi murid dlm pembelajaran
· Mewujudkan suasana pembelajaran yg menyeronokkan dan mencabar
· Membolehkan murid melaksanakan eksperimen yg terlalu sukar,mahal,mustahil dan bahaya
· Membentuk pemb koperatif serta memberi peluang kpd murid belajar secara berkesan dgn bimbingan yg minimum serta masa berinteraksi dpt dijimatkan


Jenis-jenis PPBK
· Tutorial
· Latih tubi
· Permainan
· Simulasi
· Tunjuk Cara
· Ujian

CASPER


PERSEMBAHAN ELEKTRONIKPerisian persembahan elektronik membantu pembina perisian membuat persembahan dgn menggabungkan unsur animasi,grafik,audio,video dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan

Persembahan Elektronik
· Media untuk menyampaikan maklumat

Kegunaan dan kelebihan persembahan elektronik
· menggabungkan unsur multimedia(grafik,animasi,audio,video dsb)
· menjimatkan masa
· mesra pengguna
· Interaktif


Reka Letak
· Ilmu atau kemahiran yg digunakan utk meletakkan dan menyusun media pd paparan bg membentuk persembahan yg menarik

Prinsip Reka Letak CASPER
· Panduan menyusun media spt teks,grafik,animasi dan video pd sesuatu persembahan yg dpt merangsang perhatian dan minat penonton

C – Contrast(Perbezaan yg ketara)
· Perbezaan antara dua objek,pembangun perisian perlulah memilih warna yg kontra

A – Alignment(Susunan lurus)
· Setiap item yg hendak diletakkan dlm muka perisian perlulah seimbang dgn muka perisian spy kelihatan menarik

S – Simplicity(Mudah)
· Grafik dan animasi perlulah ringkas dan dpt merangsangkan pengguna memahami maksud yg disampaikan

P – Proximity(Berhampiran)
· Item yg digunakan dlm muka perisian perlulah dikumpulkan pd satu kawasan, supaya nampak keseimbangan yg wujud antara item

E – Emphasis(Penakanan)
· Memberi penekanan kepada perkara yg dirasakan penting

R – Repetition(Pengulangan)
· Terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dpt mentafsir dan memahami dgn mudah arahan yg diberikan oleh perisian. Pengulangan akan membantu pemahaman pengguna

5 unsur persembahan elektronik
· Kandungan elemen seni
· Keperluan persembahan
· Golongan Sasaran
· Lokasi Persembahan
· Mesej perlu tepat


Papan Cerita
· Adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yg digunakan dlm aplikasi perisian multimedia

Kelebihan Papan Cerita
· Membolehkan pembangun perisian mencambahkan minda dan idea
· Merancang reka bentuk muka perisian di peringkat awal
· Menzahirkan idea sebelum dipindahkan di atas paparan komputer
· Merancang dan mengaplikasikan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran dgn mudah
· Segala perubahan dpt dilakukan dgn mudah
· Menjimatkan masa dan kos pembinaan perisian
· Mengurangkan risiko tertinggal maklumat persembahan yg penting
· Mengaplikasikan pelbagai teknik reka bentuk perisian

Elemen yg diambil kira ketika membina papan cerita
· Warna latar belakang
· Jenis font
· Saiz huruf
· Warna huruf
· Format gambar
· Format video
· Format audio
· Format animasi

Integrasi dalam pengajaran dan pembelajaran
a. Alat Bantu Belajar
· Persembahan
· Tunjuk ajar

b. Alat Bantu Belajar
· Tuturiol-penerangan,demonstrasi/latihan
· Penerokaan-mencari & mengakses maklumat
· Aplikasi- alat aplikasi(alat membantu murid
melaksanakan tugas dlm
pembelajaran)



Kelebihan Persembahan Elektronik
Motivasi
· Dpt memotivasikan murid dlm pembelajaran.bermotivasi utk belajar dgn menggunakan medium yg baru
Menarik
· Mengaplikasikan kesemua unsur multimedia dpt menarikperhatian pengguna
Mesra Pengguna
· Ikon yg digunakan dlm pembinaan persembahan elektronik mudah difahami.Arahan tidak mengelirukan
Interaktif
· Dpt membenarkan keadaan pembelajaran yg aktif

Kelemahan Persembahan Elektronik
· Alatan yang mahal
· Alatan yg sensitif
· Masa pembinaan

Link: http://mynote-oum.blogspot.com/2008/08/nota-teknologi-maklumat.html

Kelebihan dan keburukan internet


Kelebihan

1. Maklumat


Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar. Enjin carian seperti google.com, search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya.

2. Alat komunikasi

Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi.Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing….hanya dengan internet. Di samping itu ianya amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di merata dunia. Komunikasi dapat digunakan di antara setiap cawangan dengan hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference.

3. Jimatkan Kos dan Masa

Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat ataupun perbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conference ataupun tele-conference. Mereka tidak perlu lagi travel ke merata tempat untuk bermesyuarat. Ianya malah menjimatkan masa.

4. Berita Terkini

Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan suratkhabar mempunyai laman web mereka sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya memapar berita terkini yang berlaku di seluruh dunia.

5. Pengiklanan

Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat itu. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program Affiliate dimana ianya cara yang amat berkesan untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan.

6. Hiburan

Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton drama/movie secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut sepertihttp://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain daripada itu terdapat juga permainan games yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan gamers dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawan-kawan baru di alam maya.

7. Pendidikan Secara Atas Talian

Pada masa kini terdapat banyak Universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh dimana penggunaan internet amat diperlukan. Ini kerana pembelajaran di lakukan secara atas talian di mana video conference digunakan. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakuakan secara atas talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara atas talian dan kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan juga boleh di perolehi secara atas talian.

8. Servis Perkhidmatan

Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan servis yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia, yang mana para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa.

Keburukan

1. Ketidaktepatan maklumat

Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet namun demikian adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan tertentu. Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat tersebut.

2. Virus/Malware/Worm/Trojan

Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala virus/malware dan sebagainya.Pengguna internet semestinya mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang serangan virus, malware dan sewaktu dengannya. Ini untuk memastikan komputer kita selamat dari serangan tersebut dan data selamat dari dicerobohi. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer kita dari serangan tersebut akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Ianya bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer malah akan menganggu performance komputer dan juga network.

3. Bahan-bahan yang tidak bermoral

Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah di dapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau lama-laman web yang di access oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet filtering Software perlulah di install di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang di access oleh anak-anak mereka.

4. Isu Keselamatan

Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, university, jabatan-jabatan kerajaan selamat dari di akses oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di dalam server2 yang menyimpan data-data kita? Server-server yang mudah di hack oleh para hacker boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap keselamatan di dalam mengakses ke server, network harus lah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

5. Pembaziran masa

Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain games, berchatting dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mesti lah terhad. Paling terkini laman sosialfacebook, terdapat pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang boleh diguna dan juga terdapat fungsi untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat access ke laman tersebut kerana ianya boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka.

Internet dalam pendidikan


Assalammualaikum, petang ni siti masukkan beberapa input mengenai kepentingan dan kelemahan internet atau teknologi maklumat kepada guru dengan izin Allah. Tugasan ini dengan izin Allah telah diberikan oleh Pn.Faridah. Alhamdulillah hari ini akan siti upayakan untuk melakukannya dengan baik. mudah-mudahan Pn.faridah berpuas hati dan diberkati oleh Allah ilmu ini. 
InsyaAllah..
Mari kita mulakan tugasan...



Internet merupakan jaringan elektronik yang menghubungkan manusia dengan manusia yang lain di seluruh dunia melalui komputer. Internet merupakan salah satu komponen yang penting di dalam era ledakan maklumat secara global dan maklumat yang diperolehi adalah tanpa sempadan . Pada ketika ini para pendidik dari semua peringkat di serata dunia telah menggunakan internet untuk berkomunikasi, berkongsi maklumat sesama mereka. Menurut Honey dan Henriquez (1993), yang di petik dari Rothenberg (1995), penggunaan rangkaian kerja elektronik boleh membantu guru ( terutama guru baru) dari segi menggurangkan pemencilan diri, mereka boleh berhubung sesama guru, dan boleh meningkatkan professionalisme.

Penggunaan internet membolehkan kita mendapatkan sumber maklumat kajian yang bermutu dan amalan aplikasi dari kalangan para pendidik dan para pelajar (Means et al., 1993, yang di petik dari Rothenberg (1995). Apakah Ciri-Ciri Pada Internet Yang Popular Di Kalangan Pendidik Didalam Mengintegrasikan Kepada Proses Pembelajaran Dan Pengajaran ?

Penggunaan e-mel merupakan komponen utama di kalangan pengguna internet ketika ini. Ianya merupakan satu kaedah alat perhubungan untuk berhubung secara pantas, murah, boleh dipecayai dan selesa. Pesanan dan pertanyaan boleh ditulis bila-bila masa dan dihantar dari rumah atau pejabat akan terus sampai kepada penerima dalam masa yang singkat. Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mel di dalam mengintegrasikan internet dalam proses pembelajaran:
  • Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan.
  • Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
  • Mengutus e-mel kepada sekolah lain mengenai bagaimana mereka mengendalikan sesuatu masalah.
  • Berkongsi dan bertukar idea-idea bilik darjah ; teknik mengajar, pengajaran yang kreatif, maklum balas mengenai buku dan alat bantuan mengajar, dan sesuatu projek.
  • Menghubungi agensi-agensi pusat dan sekolah lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan di tempat-tempat lain.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mel ialah:
  • Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan sekolah-sekolah lain.
  • Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa.
  • Mengalakan perkembangan bahasa terutama bahasa inggeris misalnya mendapatkan rakan pena melalui e-mel dari negara luar.
  • Bertanyakan penyelesaian sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".
           
Kumpulan Diskusi Internet secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan e-mel secara berkesan. Komuniti-komuniti yang terbentuk secara elektronik yang mempunyai minat yang sama membolehkan ahli-ahli yang menyertai kumpulan diskusi berkongsi pendapat dan membantu diantara satu sama lain tanpa batasan sempadan geografi. Terdapat beribu-ribu kumpulan diskusi yang boleh disertai oleh pendidik mengikut minat mereka.

Di Amerika Syarikat penggunaan pengkalan data ERIC dan ETS Test Collection merupakan pengkalan data yang paling polular dikalangan pendidik dari semua peringkat. Kita boleh mendapatkan data soal-selidik, artikel-artikel, rancangan pengajaran, ujian, dan lain-lain alat pengukuran dari dua pengkalan data tersebut. Kita juga boleh mengakses katalog dari perpustakaan misalnya perpustakan Universiti Malaya dan lain-lain universiti luar negara serta mengakses bahan-bahan teks bercetak dari badan kerajaan Amerika.

Halaman web merupakan komponen yang menjadikan internet lebih menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat mengaksesnya. Dengan lebih 50 juta tapak halaman web dan dengan pertumbuhan 10 peratus setiap hari halaman web merupakan sumber maklumat tak terhingga kandungannya. Kepada para pendidik mereka boleh mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran , dan lain-lain bahan mengajar; maklumat mengenai projek-projek yang dijalankan untuk pelajar mengambil bahagian dan berkogsi dengan rakan mereka dari negara-negara lain; pendidikan keibu-bapaan, dan maklumat kesihatan serta bermacam-macam maklumat lain yang boleh diperolehi dihujung jari mereka.

Menerusi internet, fail-fail adalah mudah untuk dipindahkan dari satu komputer kepada komputer yang lain menggunakan " File Transfer Protocol (FTP)". Seseorang penulis itu boleh menghantar dan meminta rakan mereka mengenai sesuatu bab artikel itu dengan cepat dan mudah melalui FTP terutama apabila melibatkan sesuatu projek halaman Web yang mana pesertanya dari berbagai tempat. Selain itu perisian-perisian yang boleh guna bersama dan percuma atau berbayar boleh di turun beban ( download) untuk berbagai tujuan pendidikan.    

Kelemahan TMK Kepada Guru :

1.     Bukan semua topik yang diajar boleh menggunakan TMK kerana untuk sesetengah topik, penggunaan TMK akan menyebabkan pelajar lebih susah untuk memahami tajuk yang diajarkan.

2.     Kelemahan TMK : Kelemahan dalam menggunakan CD yang disediakan oleh pihak kementerian. Untuk sesetengah tajuk yang diajar, responden hanya ingin mencapai dua objektif sedangkan isi pengajaran dalam cd berkenaan adalah untuk mencapai tiga objektif. Ini menjadikan objektif yang ingin dicapai dan objektif yang tersedia dalam CD tidak selari.

3.     Masalah menggunakan TMK : Kemudahan-kemudahan TMK yang digunakan selalu mengalami kerosakan. Terpaksa mengambil masa untuk  memasang peralatan-peralatan yang ingin digunakan semasa P&P.

4.     Memerlukan masa  untuk memasang barang-barang kelengkapan didalam kelas. Masalah dari segi untuk memasang peralatan-peralatan yang diperlukan untuk digunakan semasa proses P&P.


Selasa, 3 Julai 2012

Cinta Illahi

Cinta Illahi adalah dambaan bagi seluruh makhluk di dunia ini.. Kadang-kadang kita tidak menyedari betapa kasih Tuhan itu hampir dan kita menikmatinya setiap detik dan ketika.. Cukup indah dan sangat indah untuk diungkapkan.. Kerna cinta Illahi hadir tanpa kita sedari.. Ia melalui makhluk ke makhluk. Kadang kala kita salah tafsir, tanpa kita menyedari kasih sayang manusia dgn manusia itu adalah kurniaNya dan kasihNya kepada makhluknya melalui makhluk. Apabila d tarik balik kasih yang diberi wujud kebencian sehinggakan menyalahi takdir... Mungkin salah diri setiap hamba kerana tiada perasaan syukur atas nikmat yang diberikan dan mungkin juga itu ada teguran dari Tuhan agar  setiap hambaNya dapat mendekatkan diri denganNya. Oleh itu, ungkaplah perkataan Syukur atas nikmat yang diberikan sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

dari;
Perindu Cinta illahi