Sabtu, 30 Jun 2012

Air oh air.. :)

Assalammualaikum dan salam sejahtera saudara/i... hari ni... Siti nak berkongsi cerita mengenai ketiadaan air di KIP Berapit.. UPss... yg berlaku pada hari Rabu hingga khamis pagi...
 Tarikhnya  27 dan 28 jun 2012..
Pengalaman yang sangat menyeronokkan... kenapa ya ?? aneh kan?? hehe

Sewaktu ketiadaan air ini, kami ada mesyuarat bersama warden... Apa lagi, komplain yang pertama mesti pasal air.. bukan wifi.. hehe.. Seharusnya kita komplain pasai Wifi.. tp wat 5 minit pertama komplain pasai wifi senyap ja.. semua dah kebigunggan pasai air tak da..., mana taknya... susah nak mandi, apalagi nak p ke toilet..

Meeting abih kul 10.30 malam... kami pun berebut2 naik atas ke bilik... nak tampung air la ni.... Erm..maklumlaa tamak waktu tu,,, syaitan duk berbisik kat telinga... ingatkan air tu, yang satu tangki kat atas tu boleh jd milik sendiri... tp xde maknenyer... rupa2nya tangki kat atas dia dah asingkan bagi setiap rumah... semangat2  punya semangat tibala waktunya air kat ruamah xda... haahahaa... padam muka...

Ni masih tak puas hati ni.... masih bersemangat nak cari air.... Siti pun dengan Kash p ronda2 la pada waktu malam dengan niat nak cari air... tup2.. tiba2 terdengar suara warden (En.Firdaus) kata beliau air jap lagi pkul 12.30 mlm... hati kami pun gembirala dengar berita tu... terus balik dan tidur..........

Tepat pukul 5 pagi.... kami terus ke singki nak tengok air la ni/... ermmm tak de upanya... tak pa2... kami masih ada rumah kedua.....iaitu surau... apalagi pagi terus turun g surau... lariiiiiiiiiiii........... nasib baik tak da orang/... kami pun mandi dan bersiap tuk solat subuh dan ke kelas...

Habis je mandi..baru la kami kejutkan org lain... tuk mandi... tapi yg kelakarnya waktu ni la..berlakunya trafik jam... ramai yang beratur cam cerita P.Ramli... pelbagai gaya ada... kesian mereka... kesian2,... ada yang berjalan, ada yang berlari..nasib baik xde yg merangkak... hehe... dah macam crita seniman bujang lapok... kaka...




Ahad, 24 Jun 2012

Penggunaan TMK dalam P&P


Assalamualaikum saudara/I, hari ini kumpulan kami menjelaskan mengenai 4 penggunaan TMK dalam P&P iaitu ;
1.       Tutorial
2.       Penerokaan
3.       Aplikasi
4.       Komunikasi

TMK dan Pembelajaran Tutorial
Ø  Proses penyampaian kandungan pelajaran berdasarkan urutan tertentu.
Ø  Contoh; ekspositori/demontrasi/latih tubi
Ø  Bahan; komputer/perisian CD-ROM/laman web dll
Kaedah; Contoh CAI/PBK

Kelebihan Tutorial
  1. Pembelajaran individu
  2. Belajar ikut kemampuan sendiri
  3. Meningkatkan motivasi
  4. Penyeliaan Minimum
Kelemahan Tutorial
  1. Perisian tidak bermutu – pembaziran
  2. Tidak produktif
  3. Penyalahgunaan ICT
  4. Masa lebih digunakan

TMK dan Pembelajaran Penerokaan;
Ø  Pelajar mencari/mengakses maklumat daripada CD-ROM/Internet – mempelajari/mengkaji sesuatu fenomena
Ø  Inkuiri penemuan/penyelesaian masalah/pelajar mengawal/menentukan maklumat pembelajaran
Ø  Kaedah; kostruktivis/kritis/PBL/inkuiri/ interaksi sosial

Kelebihan Pembelajaran Penerokaan;
  1. Pelajar bebas pilih gaya/haluan pembl. masing-masing
  2. Pelajar aktif bina pengetahuan
  3. Peluang menangani masalah sebenar
Sesuai dgn konsep pembelajaran terkini konstruktivis/kecerdasan pelbagai

   Kelemahan Pembelajaran Penerokaan;
  1. Pelajar sesat/hilang haluan dalam P&P
  2. Masa pembelajaran lebih lama

TMK dalam Pembelajaran Aplikasi;
Ø  ICT sebagai alat untuk membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran bukan menyalurkan maklumat
Ø  Contoh; CAD/Photoshop/ dll.
Ø  Tugasan lebih mudah/cepat

   Kelebihan Pembelajaran Aplikasi:
  1. Pelajar mampu beri tumpuan dalam P&P
  2. Guru boleh beri masalah/cabar minda pelajar
  3. Pelajar dapat tingkatkan kecekapan/ketepatan
   Kelemahan Pembelajaran Aplikasi;
  1. Tanpa penerangan/pengawasan pelajar mungkin gagal dalam pembelajaran
  2. Pelajar pelbagai kecerdasan sukar disatukan
  3. Masa pembelajaran sukar dikawal


   TMK dalam Mod Pembelajaran Komunikasi;
Ø  Pelajar/guru dari lokasi berbeza menghantar/menerima/berkongsi maklumat dengan pelbagi bentuk/format
Ø  Teknik sendirian/seorang dengan seorang/ramai dengan ramai dll.
Ø  Kaedah Kolaboratif

Kelebihan Mod Komunikasi;
  1. Pembelajaran kolaboratif
  2. Meningkatkan penglibatan pelajar
  3. Mampu berkomunikasi terus dengan pakar dari seluruh dunia
Kelemahan Mod Komunikasi;
  1. Leka berkomunikasi/hilang perhatian terhadap P&P
  2. Kos P&P tinggi
  3. Masa P&P lama mungkin membosankan


Khamis, 21 Jun 2012

Definisi TMK


Assalamualaikum w.w…
Post yang pertama yang akan saya sampaikan mengenai definisi TMK, tugasan ini diberikan oleh Pn.Faridah pada hari rabu, 21 Jun 2012 pada jam 8.30 pagi di Bangunan Gerko, Bilik G002…
Semasa di kelas Pn Faridah telah memberikan definisi TMK dan TM dalam pandangan sarjana. Berikut merupakan padangan pakar-pakar dalam bidang tersebut:

Definisi TMK


Ø Seen (1998), merangkumi pelbagai teknologi yg disepadukan untuk memperolehi /menyimpan /menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks/grafik /audio/animasi/dan sebagainya menggunakan alat-alat elektronik

Ø Laudon dan Laudon ( 1997 ), sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalisis.

Ø Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap.

manakala definisi TM

Ø  Abd. Razak et. al (2000) – TM merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses, mencipta dan menyimpan maklumat.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Teknologi ini mampu merapatkan jurang penyebaran ilmu antara yang kaya dengan yang miskin, yang berpendidikan dengan yang tidak berpendidikan, antara yang di bandar dan di luar bandar, dan di antara golongan wanita dan lelaki.

TMK merupakan satu rangkuman atau cantuman teknologi-teknologi tertentu. Cantuman-cantuman tersebut adalah seperti berikut :-

Sistem 4K
Ø  Komputer
Ø  Konduit (saluran untuk menyampaikan maklumat digital)
Ø  Kandungan
Ø  Komsumer/Pengguna

Infrastruktur Telekomunikasi  melibatkan komponen :-
Ø  Dawai
Ø  gentian (fiber optics)
Ø  tanpa wayar (wireless)
Ø  satelit

 K  kandungan Multimedia
Ø  Teks, grafik, suara, video dan lain-lain
Ø  Penerbitan, penyiaran
Ø  Periklanan dan pendidikan

Aplikasi
Ø  Perniagaan
Ø  Kerajaan
Ø  konteks sosial

Internet
Internet merupakan lebuh raya maklumat global prototaip dan kita boleh memahaminya dengan lebih dekat melalui idea-idea berikut:-
Ø  Interconnected network of networks (set jaringan yang kait-mengakit antara satu sama lain)
Evolusi internet
Ø  Globalisasi
Ø  Komunikasi penggunaan berdasarkan kandungan
Ø  Kumpulan berada dan kurang berada
(Tengku Azzman Sharifadeem. 1998 : 151-152)

Secara umumnya, TMK merupakan rangkuman dua bidang teknologi yang melibatkan teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. TMK telah mencetuskan impak yang tinggi di pasaran kerana kedua-dua bidang teknologi tersebut wujud dalam sebahagian besar teknologi yang dihasilkan di pasaran. Dengan lain perkataan, kedua-dua teknologi tersebut diperlukan dalam pembangunan teknologi yang ada di pasaran.

TMK telah membuka ruang dan peluang untuk menjalinkan hubungan secara lebih menyeluruh dalam pelbagai bidang dengan hampir tiada sekatan atau batasan serta menjadikan komunikasi benar-benar bersifat global. Jalinan ini membolehkan transaksi urusan dijalankan dengan lebih mudah, bijak dan efisien di samping membolehkan pertukaran maklumat dijalankan dengan lebih pantas dan berkesan. Perkembangan dalam dunia TMK daripada yang bersifat analog kepada yang bersifat digital membolehkan maklumat diurus, dipindah, disimpan, dan diakses dengan lebih banyak dan pantas dalam satu-satu masa.

Satu istilah yang sangat sinonim dengan dunia TMK ialah Information Superhigway (Lebuh raya maklumat) yang membawa maksud sistem perhubungan yang membenarkan perkongsian maklumat secara spontan antara komputer dengan komputer yang terletak beribu-ribu batunya antara satu sama lain. Dalam konteks ini, internet merupakan information superhighway yang paling popular (Mohamed Bin daud, 1998).

Internet yang muncul sebagai produk ICT yang paling canggih dan utama mampu mengubah ciri-ciri budaya komunikasi secara langsung. Teknologi yang muncul sebagai lebuh raya maklumat menjadikan dunia hari ini semakin sempit dan fenomena ini juga menyumbang kepada kewujudan “perkampungan global” (global village), atau globalisasi. Istilah ini merujuk kepada satu konsep yang memperlihatkan semua negara berada dalam satu persekitaran yang sama dari segi pertukaran dan penyebaran maklumat, pengetahuan, dan idea yang tidak mempunyai sempadan.

McLuhan seorang sarjana pengajian media dari Kanada dalam kajiannya mengenai “masyarakat elektronik” berpendapat bahawa perkembangan yang berlaku dalam dunia komunikasi akhirnya akan menghasilkan sesuatu yang dikenali sebagai “Global Village” dan “The medium as the message” dan ideanya mengenai elektronik media ialah “outered intelligence or nervous system”. (Lorimer, 1994)

Istilah “Globalisasi“ amat berkait rapat dengan dua istilah iaitu “Internationalisasi” dan Transnasionalisasi”. Globalisasi terjadi apabila wujud tiga keadaan iaitu :-
1. Aktiviti yang dijalankan melibatkan jangkauan sehingga ke peringkat global atau menghampirinya.
2. Aktiviti yang dirancang dan diatur mengambil kira skala global.
3. Aktiviti yang melibatkan pertukaran dan “penjajahan dalaman” seperti aktiviti tempatan yang boleh membentuk dan mempengaruhi kawasan yang jauh.

Walau bagaimanapun, istilah globalisasi bukan suatu yang baru. Unsur ini telah muncul pada abad ke-17, 18, dan 19 terutamanya dalam perdagangan antarabangsa. (Thomas, 1995)

Kini, masyarakat moden menampakkan sindrom kebergantungan kepada teknologi yang berasaskan maklumat untuk pelbagai urusan seperti kewangan, industri, sosial, perubatan, telekomunikasi, media, urusan perkhidmatan, pendidikan, dan sebagainya.

Sistem telekomunikasi global, rangkaian media dan perkembangan teknologi rangkaian komputer telah memberi kesan yang dramatik terhadap budaya masyarakat sekarang.

Pengintegrasi TMK dalam P&P;

Ø Pemprosesan Perkataan

Ø Persembahan Elektronik

Ø Hamparan Elektronik

Ø Pangkalan Data

Ø Penggunaan Perisian dan Alat Pengarangan

Ø Penghasilan pakej multi media pembelajaran

Ø Penggunaan Media Interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran

Multimedia dalam Pendidikan

Ø Hofstetetter (1995),Multimedia bermaksud integrasi elemen teks, audio, grafik, animasi dan video yang menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan untuk membolehkan pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta dan berkomunikasi agar proses pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Ø Schurman (1995),Multimedia adalah kombinasi manipulasi, penggabung jalin dan pengintegrasian media seperti teks, grafik, animasi, audio dan video dalam satu perisian yang direka bentuk di dalam meningkatkan interaksi antara pengguna dan komputer

Peranan Multimedia dalam P&P;

Ø Dapat dihubungkan secara global

Ø Interaktif/merangsangkan

Ø Komunikasi yang efektif

Ø Informasi yang berkesan

Ø Pemudah cara pelajar

Ø Pembelajaran yang aktif

Ø Pelajar boleh belajar sendiri

Ø Meningkatkan motivasi pelajar

Ø Mengekalkan daya ingatan pelajar

Internet Dalam Pendidikan

Ø Internet merupakan satu sistem jaringan rangkaian komputer antarabangsa yang meliputi seluruh dunia.

Ø Rochester (1998),Internet berfungsi utk memudahkan perkhidmatan komunikasi data yg luas termasuk mel-elektronik, program pemindahan data & fail, kumpulan perbincangan /perbualan

Ø Sumber Statik Maklumat – mencari maklumat

Ø Penggunaan Interaktif Dinamik – suasana dialog

Ø Bilik Darjah ke Bilik Darjah – berkerjasama untuk siapkan tugasan

Ø Individu ke Individu – melalui e-mail dll

Ø Individu Bilik Darjah kepada Dunia – cth newsgroup

Ø Penyelesaian Masalah – penyelesaian masalah bagi tujuan pembelajaran.

Rujukan

kaca mata blog

Assalammualaikum warahmatullah hi wabarakatu.... Hari ini saya memulakan penulisan blog dengan bantuan Pn Faridah dan sahabat-sahabat.... Erm kini, baru saya mengetahui cara permulaan penulisan blog...agak mudah tetapi memerlukan pemikiran yang bernas agar menarik apabila dibaca dan memberikan input kepada rakan-rakan d alam maya... Bak kata pun Faridah ini adalah salah satu cara untuk memanjangkan ilmu.. Allahmdulillah.. moga Allah melindungi penulisan saya ini....